Dalam sastera Hindu Bayu (dewa)

Dalam lagu-lagu pujaan, Bayu "digambarkan sebagai mempunyai 'keindahan rupa yang luar biasa' dan bergerak dengan riuh dalam kenderaannya yang bersinar, didorong oleh dua atau empat puluh sembilan atau satu ribu kuda putih dan ungu. Panji putih adalah ciri utamanya." Seperti dewa-dewa suasana alam yang lain, dia adalah "pejuang dan pemusnah", "berkuasa dan perwira."[4]

Dalam Upanishad, terdapat banyak pernyataan dan gambaran kehebatan Vāyu. Brihadaranyaka Upanishad mengatakan bahawa dewa-dewa yang mengawal fungsi tubuh pernah terlibat dalam pertandingan untuk menentukan siapa di antara mereka yang terhebat. Apabila seorang dewa seperti penglihatan meninggalkan seorang manusia, orang itu akan masih hidup, namun menjadikan mereka buta. Lalu beliau kembalikan semula penglihatan orang itu apabila dewa itu kembali kepada tugasannya. Satu demi satu dewa-dewa semua mengambil giliran mereka meninggalkan manusia itu, tetapi orang tersebut masih hidup, walaupun berturut-turut mengalami kecacatan dalam pelbagai cara. Akhirnya, apabila Bayu mula meninggalkan manusia itu, semua dewa-dewa yang lain tiba-tiba ditarik dari tugasan mereka, "sama seperti kuda yang kuat yang menarik pasak di tanah yang dia terikat." Ini menyebabkan dewa-dewa lain menyedari bahawa mereka hanya dapat berfungsi apabila disokong oleh Bayu, dan dapat dikalahkan oleh Bayu dengan mudah. Dalam babak lain, Bayu dikatakan sebagai satu-satunya dewa yang tidak ditimpa oleh setan-setan dosa yang sedang menyerang. Chandogya Upanishad menyatakan bahawa seseorang tidak dapat mengetahui Brahman kecuali dengan mengetahui Bayu sebagai udgitha (suku kata manteranya om).[5]

Mukhya-Vāyu juga menjelma sebagai Madhvacharya untuk mengajar sesiapa yang layak untuk menyembah Dewa Agung Bisnu.[6]

  • Avatar pertama Bayu dianggap sebagai Hanuman. Bakti beliau diperjelaskan dalam Ramayana.
  • Avatar kedua Bayu adalah Bhima, salah saorang daripada para Pandawa yang muncul dalam hikayat Mahabharata.[7]
  • Avatar ketiga dikaitkan kepada Madhvacharya, seorang ahli falsafah India abad ke-13.[8]